Mutiara Annur

...akan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku...

Shout @ me

About me

User: re-know
Name: Franco Barino
23Tahun. KualaRompinPahang. exUNITENBangi. IjazahSarjanaMudaIT. SukaComputer&BolaSepak. SukaKalerBiru. SukaBerangan. SukaChatting. Kadang2JiwangGile. Pendiam. Pemalu. TakPeramah. AkuBukanSesiapa. ComeAndGetToKnowMe.

  • Contact me
  • My profile
  • Linkme

Recent comments

Anonymous on new blog

 

Counter

visited *loading* times

 
Sunday, 13 February 2005

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: "Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam
terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai
memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai 'hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan 'Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik," kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia," kata beliau. 

posted by: re-know at 02/13/05 11:51 | link | comments |

Rahsia memotong kuku..

RASULULLAH S.A.W BERSABDA, YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

posted by: re-know at 02/13/05 11:42 | link | comments (3) |

Thursday, 10 February 2005
Friendship..

 Never let go of hands that hold on to you.
Never turn your back on the people that would do the same too.

posted by: re-know at 02/10/05 23:04 | link | comments (2) |

Berita Baik untuk PEMAAF...

Suatu hari para sahabat melihat Rasulullah s.a.w duduk sambil tertawa dengan gembira sekali. Saidina Umar r.a pun bertanya, " Mengapa ?"
Rasulullah menjawab, "Ada 2 orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya .
Yang seorang berkata: "Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!"
Maka berkatalah yang dituntut itu dengan kesedihan: "Ya ALLAH, wahai Tuhanku ! Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya , maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada saudara ini."

Maka lantas dijawab oleh orang yang menuntut itu, "Oleh itu maka orang ini mesti mengambil segala dosaku sebagai gantinya!,"

Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air mata nya menahan kesedihan yang menimpa nasib orang yang dituntut itu, lalu meneruskan sabdanya: "Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu,  "Angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga, "Apabila dilihat oleh si penuntut itu atas syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah yang diperbuat daripada emas bertahtakan perak, intan , permata yang elok-elok. "Apakah itu semua untuk nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?"

Maka dijawab ALLAH S.W.T: "Itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya !"

Maka kata si penuntut, "Ya ALLAH ! Siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?"

Maka dijawab ALLAH S.W.T, "Engkau pun dapat membayarnya. Iaitu dengan mengampuni saudara yang telah menzalimimu."

Maka kata si penuntut itu: "Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!"

Firman ALLAH S.W.T: "Pimpinlah tangan saudaramu bersama-sama kedalam syurga itu". Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Maka berbuat baiklah kepada saudara mu sesama muslim".

posted by: re-know at 02/10/05 10:15 | link | comments |

Kenapa jatuh cinta?

kadang-kadang kita mencari sebab untuk jatuh cinta,
tetapi cinta yang sebenar akan hadir tanpa sebab.

posted by: re-know at 02/10/05 10:06 | link | comments |

Friday, 04 February 2005
....

 The biggest kind of love is doing what is best for someone else, even if it HURTS

posted by: re-know at 02/04/05 12:14 | link | comments |

Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat", iaitu :

1) Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.

2) Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.

3) Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).

4) Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.

5) Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.

6) Orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."

posted by: re-know at 02/04/05 07:33 | link | comments |

Hikmat Ayat Al-Kursi

 Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

posted by: re-know at 02/04/05 07:28 | link | comments |

Renungan...

 Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

posted by: re-know at 02/04/05 07:25 | link | comments |

Thursday, 03 February 2005
Renungan: Dosa meninggalkan solat

*Meninggalkan fardhu Isyak:
Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya dan menggesa ia mencari bumi yang lain.

*Meninggalkan fardhu Asar:
Dosa orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Asar seperti membunuh 1,000 orang Islam.

*Meninggalkan fardhu Zohor:
Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

*Meninggalkan fardhu Maghrib:
Dosa orang yang meninggalkan fardhu Maghrib sama seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

*Meninggalkan fardhu Subuh:
Orang yang meninggalkan fardhu Subuh akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.

posted by: re-know at 02/03/05 10:45 | link | comments |

Wednesday, 02 February 2005
Pohon Semalu

 Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

posted by: re-know at 02/02/05 13:23 | link | comments |